Friday, September 12, 2008

16 SEPT...


Menurut akhbar suara keadilan bil.147 ada menyatakan mengenai 16 sept hanyalah simbolik. Apabila dikatakan satu simbolik maka telah terbukti parti keadilan telah MEMPERBUDAK-BUDAKKAN rakyat selama ini. Menurut bendahari keadilan,william leong 16 sept adalah perubahan yang dituntut oleh rakyat. Tetapi apa yang dapat kita lihat 16 sept sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi oleh parti keadilan atas kepentingan peribadi pihak tertentu bukannya atas dasar tuntutan rakyat.

Sunday, August 24, 2008

RAYUAN ANAK PASCA MERDEKA ,,,

WAHAI BANGSA-BANGSAKU,walau seteruk mana pun UMNO sokong lah UMNO kerana UMNO sajalah satu2nya parti hak org melayu..pejamkan mata,telan semua kepedihan,kesakitan yang membegkam hati masing-masing..walau sekotor mana pun UMNO pd masa skrg,sekurang2nya generasi yang akan dtg,yg tajam mindanya yang amanah, dapat membela bangsa2 kita suatu hari nanti,dapat membanggunkan semula kerajaan kita menjadi kerajaan yang bersih cekap dan amanah..

asal MALAYSIA dari TANAH MELAYU hak orang melayu,perlukah MELAYU dijajah semula oleh bangsa2 lain??...mai kita pikir mcm budak darjah lima pikir kalo la jadi apa2 dkt TANAH MELAYU ni org2 cina blh blk neqi depa masing?..org2 india blh balik neqi depa masing2...tapi kalo org MELAYU nak balik kat mana???...apa yang ada dekat org MELAYU la ni??..yang ada dkt MELAYU la ni "MAT REMPIT, TAIK PIT, BOHSIA, BOHJAN, PEMBUNUH, PEROGOL, PEROMPAK, CURI BUDAK" yang ni lah bangsa2 MELAYU...saya masih ingat dengan kata2 TUN sebelum letak jawatan dulu "MELAYU MUDAH LUPA" saya sedih dgn MELAYU skrg..

KENANGLAH SEJARAH yg lalu...bertapa susahnya dulu tok nenek kita nak tuntut kemedekaan,betapa deritanya hidup bila dijajah...saya ingat lagi mak saya cerita. Dulu masa TUNKU dan pemimpin2 lain nak p tuntut kemerdekaan, depa minta sedekah qata dkt rakyat...apa saja yang rakyat ada semua bagi,subang,gelang,qantai,yang ada duit 5kupang saja pun bagi jugak,TUNKU jual tanah dia,duit tu suma guna untuk tambang p balik..sewa bilik satu saja,duduk punya qamai..org putih kata selagi ada bulan dan matahari TANAH MELAYU takkan MERDEKA..jadi dgn kepintaran TUNKU dan pemimpin2 lain depa p tuntut kemerdekaan pada pukul 12tgh mlm, sbb masa tu bulan tak timbul matahari pun tak timbul..pikir lah bangsa2ku..

PERANGILAH ANWAR,jgn biar dia terus menjadi PENGKHIANAT BANGSA KU..YA'allah ya tuhan ku zat sekalian alam,kau jadikan kami dengan ROHSIA MU,kau meliputi akan tiap2 sesuatu..hanya kau yag mentakdirkan segala2nya,hnya kau yg tahu akan tiap2 sesuatu..bkn kami minta untuk membinasakan dia,tapi kami pohon kau buka kanlah pintu hatinya,berikan dia petunjuk dan jgnlah kau terus sesatkan dia,kembalikanlah dia kejalan yang benar,jgn kau matikan dia dengan kesesatannya..kembalikan bangsaku dan agamaku,berikan kami kekuatan untuk terus berjuang dijalan mu YA ALLAH..AMIN YA RABBUL A'LAMIN..

Yang dicintai dan dikasihi PERJUAGAN KITA BELUM SELESAI.. Askum...

RAJA PETRA...

1. I agree very much with Dato’ Shafee, Raja Petra is a real paria. He should be shot to death for damaging the nation.
2. Raja Petra who has insulted Agong, degraded Islam and created animosity among the ethnic group deserved to be hanged according to Islam.
3. Raja Petra and your generation shouldn’t dream to join UiTM.
4. Petra tidak layak dipanggil raja, status raja patut dilucutkan oleh sultan. Petra juga tidak layak dipanggil Melayu. Lucutkan status Melayunya.
5. Kita tidak hairan cemuhan dan caciannya mengenai Melayu, Islam dan UiTM kerana hubungan Raja Petra dengan IFC (Interfaith Council) yang sentiasa berhasrat untuk menghapuskan Islam dan Melayu.
6. Petra pengkhianat agama Islam, bangsa Melayu dan Negara Malaysia. Oleh kerana sikapnya yang tidak menjunjung Rukun Negara dan Prinsip-prinsip Perlembagaan status kewarganegaraan beliau mesti dilucutkan dan haramkan beliau berpijak di bumi Malaysia.
7. Raja Petra dan kumpulannyalah pencetus huru-hara.
8. Raja Petra tidak ada tempat di Malaysia.
9. Raja Petra adalah barua Anwar yang bertanggungjawab memecahbelahkan negara sehingga memberi imej buruk di mata dunia yang membawa kesan kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Dialah dalang disebalik kesengsaraan 27 juta rakyat Malaysia.
10. Mari kita beramai-ramai berjihad menghapuskan Raja Petra!

BINGKASAN UNTUK WAN AZIZAH..

1. Wan Azizah! Bangun dan sedarlah, jangan bersekongkol dengan Anwar Ibrahim yang sanggup menggadai keluarga, bangsa, agama dan negara.

2. Wan Azizah dan keluarga,hentikan Anwar Ibrahim dari menjadi petualang bangsa. Usahakan agar beliau kalah di Permatang Pauh.

3. Wan Azizah dan anak-anak. Sanggupkah keluarga mu dilaknati Allah SWT sehingga ke akhirat!! Jangan sokong Anwar pada 26 Ogos 2008.

4. Wan Azizah! Kami kasihan dan belas terhadap kamu. Sama-samalah singkirkan Anwar pada 26 Ogos 2008 ini.

5. Wan Azizah. Sudah lama kamu menderita kerana nafsu gila Anwar Ibrahim. Singkirkan beliau pada 26 Ogos di Permatang Pauh.

6. Wan Azizah. Jangan menderita lagi. Hancurkan Anwar di Permatang Pauh.

7. Saudara Anwar akan menghalalkan apa sahaja untuk kepentingannya. Wan Azizah sedarkan keluargamu.

Saturday, August 23, 2008

KONTRAK SOSIAL

Tun Tan Siew Sin, Presiden MCA dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” dalam ucapan pada 30 April 1969.

“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such an extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays had become citizens whereas before independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities.”


Terjemahannya :
Dalam ucapannya bertajuk “Menjawab Kritikan Mengenai keistimewaan Orang Melayu”, yang dilaporkan akhbar pada 30 April 1969, Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin berkata; Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang Negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara, berbanding keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri Melayu. Dan sebagai membalas kemurahan hati Orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa Orang Melayu dan sekaligus mempertahankan kepentingan-kepentingan sah masyarakat kaum lain.

Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 38-39.



Ucapan YB Tun Tan Sambathan, Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 01 Jun 1965.


Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then wen ontained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do? They had 88 percent the had the 88 percent of the electorate still with them. What did they do with the citizenship?

If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcome in Ceylon, is not welcome in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcome in Thailand, In Vietnam, In Cambodia, In all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malayawhat happened? Here, we found that the Malay leadership said, “We shall take them into ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens”. And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualification, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens…

As I said, it has been my great good fortune to have been born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where alse in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguard us? I am 10 percent majority race here. But I am happy here”.


Terjemahannya:
Pada 01 Jun 1965, Tun Sambathan merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom dalam ucapannya berkata,

“Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majority yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewargenagaraan?

Jika kita lihat di Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan kita lihat kepada saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, kembola, dan di Negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewargenagaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan juga anda tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara”.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di Negara ini. Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun, dan tertib selain daripada Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minority di sini. Tetapi saya amat gembira di sini”.

Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 60.

Siapa freemason dan secret society ini...?

Dari orang yang mengenali anuar dari zaman remaja,
tidak menafikan salah laku beliau. Cuma anuar pandai bersembunyi masalah peribadi buruk beliau di belakang pentas politik dan hujah agamanya.
Pada saya tidak hairanlah anuar terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan link dalam New World Order(NWO) yang diperoksikan oleh Amerika dengan arahan oleh Secret Society dan freemason.

Siapa freemason dan secret society ini....?
Freemason secara kasarnya "Jewish financial elite" ultra kaya dengan faham setanic.
Secret Society atau masyarakat elit atau berjenama :illuminati" juga merupakan mereka yang berpengaruh di dunia perbankkan dan investment. mereka juga terdiri dari bangsawan yang kaya raya di dunia.
Mereka ini juga di kenali dengan "Shadow Government" yang begitu berpengauh dengan kuasa besar seperti kerajaan Amerika, Industri Musik & Artis, Industri Media( NY Street, Newsweek..dll) Internet, Bank-bank, juga pertubuhan-pertubuhan kristian seperti berkuasa di Vatican..!!!
Niat mereka adalah Satu Kerajaan Dunia dengan satu matauang dunia.
dan mereka ini adalah musah Islam.

Apa pun mereka akan lakukan untuk mencapai kepentingan mereka. Sebagai contoh sept 11. mereka membunuh rakyat tak berdosa dan mengkambing hitamkan orang Islam sebagai terorist. Perang Iraq juga adalah dari konspirasi mereka. Krisis minyak, krisis makanan , krisis kejatuhan USD yang terbaru ini juga adalah dari agenda mereka.

Apakah Anuar tidak sedar penglibatan beliau dalam pertubuhan-pertubuhna di dalam kelompok Freemason dan Secret society ini..????
90% dari ahli kongress Amerika adalah dari kumpulan ini. Mereka menggunakan Amerika sebagai proksi mereka.
Siapa yang beri arahan pada Amerika..?
Ada pertubuhan International NGO yang ada link dengan kelompok ini sudah lama bertapak dan beroperasi di Negara kita dengan bertopeng kan NGO.
Sebab itu, apa saja cepat saja US akan tahu dan akan memberikan tekanan jika terkait dengan orang dalam link mereka, Anuar.

Apakah Anuar sedar atau tak sedar...?

Kalau sedar,
Anuar adalah seorang pengkhianat negara dan Islam.
Kalau tak sedar,
belajarlah untuk sedar dan bertaubatlah.
Allah amat melaknati musuh-musuh Islam.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani
tidak pernah akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)." Dan
sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang
kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
(al-Baqarah: 120)

Friday, August 22, 2008

Sumpah Permatang



Menurut Dato’ Dr. Haron Din, “sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh”. Maka sepatutnya, Anwarlah yang kena



Demam pilihanraya kecil Permatang Pauh semakin panas dirasakan apabila hari pengundian pada 26 Ogos 2008 semakin hampir. Ramai yang mempersoalkan apakah kewajarannya diadakan pilihanraya ini, dan apakah perlunya Wan Azizah melepaskan jawatan ahli parlimen yang dimenanginya secara sah kerana beliau tidak muflis, beliau tidak disahkan sakit gila oleh mana-mana doktor di dunia ini dan beliau tidak disabitkan dengan jenayah yang menyebabkannya hilang hak wakil rakyatnya.
Malah apa yang dilakukan oleh Wan Azizah itu adalah jelas merupakan satu perbuatan rasuah yang sudah tentunya boleh didakwa oleh BPR kerana “ia telah melakukan apa yang tidak sepatutnya dilakukan”. Tambahan pula tindakannya itu “adalah jelas untuk kepentingan suaminya”. Ramai pihak yang sedang menunggu untuk melihat tindakan BPR terhadap Wan Azizah. Sudah tentulah rasanya ini boleh dimanipulasi pula nanti oleh Anwar kononnya ini adalah konspirasi terbaru untuk “menempatkan mereka berdua suami isteri dalam sel penjara yang sama”! Salah tetap salah dan pelanggaran undang-undang tetap pelanggaran undang-undang. Sesuatu yang pasti ialah ini telah menjadi bahan ketawa ejekan penyokongnya sendiri kerana Anwar yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Menentang Rasuah pada tahun 1988, dipecat dari kerajaan kerana rasuah dan sekarang hendak memerdekakan negara dari rasuah tetapi hendak bertanding pun secara rasuah!
Walaupun kadangkala boleh terlepas daripada dihukum tetapi apa yang dilakukan oleh Wan Azizah itu adalah sesuatu yang amat tidak bermoral. Secara tidak langsung ini telah berjaya menghakis sokongan belas dan kasihan terhadap “tangisan” beliau selama ini yang kini kian menelanjangkan “konspirasi” pakatan suami-isteri ini. Namun mungkin ramai juga yang semakin simpati dengan Wan Azizah dan mendoakan supaya beliau juga turut mengundi calon Barisan Nasional bagi menggantikan tempatnya, dan bukan suaminya Anwar. Simpati kerana pelepasan jawatannya bukanlah kerana perjuangan keadilan sebagaimana yang diwar-warkan oleh Anwar, tetapi adalah atas desakan Anwar yang sedang kesuntukan masa! Sebagaimana kata Ezam, “Wan Azizah tahu apa yang dilakukan oleh Anwar”. Adakah Anwar telah berlaku adil terhadap isterinya itu? Terhadap pengundi Permatang Pauh?
Desakan terhadap Wan Azizah itu mengukuhkan hipotesis bahawa Anwar terlalu ghairah memutar-belit dan menipu ke sana ke mari untuk menjadi Perdana Menteri bagi menjelaskan “hutangnya kepada Along”! Apakah yang telah dipinjamkan oleh Along ini hinggakan Anwar sanggup menjanjikan kepada bukan Melayu dengan katanya “MALAYSIA INI CINA PUNYA, MALAYSIA INI INDIA PUNYA. ANGGAP MALAYSIA INI BUKAN MELAYU PUNYA!”. Insyaallah kita akan dedahkan siapakah sebenarnya “Along” dibelakang Anwar dan apakah yang “digadaikan “ oleh Anwar kepada along ini dalam artikel yang akan datang sekiranya diperlukan.
Sukacita dimaklumkan bahawa pertarungan pilihanraya kecil ini bukanlah pertarungan antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional, atau antara PKR dengan UMNO, tetapi adalah pertarungan antara Anwar melawan Anwar, iaitu Anwar melawan dirinya sendiri. Anwar sedang bergelut untuk melepaskan dirinya daripada perangkap yang dipasangnya sendiri. Semua janji-janji manifesto dan apa yang hendak dilakukannya apabila beliau menjadi Perdana Menteri sebenarnya tidak ada apa-apa yang baru. Semua yang dijanjikannya itu boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri, apatah lagi oleh Pak Lah sekarang ini.
Jikalah benar seperti katanya sudah ada Pak Arab yang bersedia untuk melabur RM5 bilion “kerana Anwar”, kenapakah sekarang ini tidak dilaburkan wang tersebut? Kenapakah tidak diberikan semasa Wan Azizah sebagai ahli Parlimen? Kenapakah tidak dibagi kepada 5 negeri Pakatan Rakyat? Ini membuktikan bahawa sebenarnya tidak ada wang RM5 bilion tersebut ! Ianya hanyalah merupakan satu lagi warna mengkarong yang digunakan Anwar untuk menipu pengundi Permatang Pauh. Ini juga membuktikan lagi bahawa perjuangannya adalah untuk peribadinya, bukan untuk partinya, bukan untuk pengundinya dan sudah tentu bukan untuk negara Malaysia!
Jika benar pun ada RM5 bilion tersebut, kita minta Anwar mendedahkan identiti siapakah pelabur tersebut? Kita tahu bahawa ada Pak Arab Islam, ada Pak Arab bukan Islam dan ada Pak Arab Yahudi yang memang menentang Islam. Adakah pelabur Anwar tersebut merupakan Pak Arab Yahudi yang mungkin juga salah seorang “Along” Anwar?
Atau adakah sebenarnya Anwar yang memerlukan RM5 bilion tersebut untuk dibayar kepada “Along”nya selama ini? Jika tidak, kenapakah Anwar terlalu terdesak dan tergesa-gesa sangat untuk menjadi “Perdana Menteri segera”?
Muktamar Pas di Ipoh baru-baru ini telah membayangkan dan memberi amaran bahaya yang akan dihadapi oleh Pas sekiranya terus memberikan sokongan kepada Anwar. Mungkin masih belum ada perwakilan Pas yang “berani” untuk mendedahkan apakah sebenarnya tujuan Anwar “berbaik-baik” dengan Pas setelah lebih 16 tahun menghalang pergerakan Pas? Pas patut bersyukur kerana terdapat akar umbi Pas yang telah berjaya menyampaikan ingatan dan amaran kepada pucuk pimpinan tertinggi Pas. Ingatlah bahawa walaupun Tun Dr. Mahathir pun pernah tertipu dengan kelicikan putarbelit Anwar tetapi Tun telah berjaya menyekat Anwar daripada menjadi Presiden Malaysia!
Pas telah pun menegaskan bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia sudah tentu bukan Anwar yang menjadi Perdana Menterinya! Hj. Hadi Awang adalah pilihan Pas. Amatlah diharapkan kepada para pengundi di Permatang Pauh supaya dapat menangkap maksud tersirat yang hendak disampaikan oleh Pas ini.
Tindakan berhati-hati Dewan Ulama Pas dapat dilihat daripada kenyataan tegas Timbalan Mursyidul Am Dato’ Dr. Haron Din, yang juga merupakan pengasas Persatuan dan Klinik Pengubatan Islam Darussyifa. Ramai yang mempercayai dan menerima bahawa Haron Din adalah pakar yang berkebolehan dalam “hal-hal yang tidak nampak” bukan setakat jin, iblis dan syaitan sahaja. Siapakah orang Permatang Pauh yang tidak kenal Haron Din? Oleh itu saranan daripada Haron Din tersebut tidak boleh dipandang ringan terutamanya oleh Anwar sendiri . Anwar sebenarnya “berhutang” kerana Haron Din telah banyak “menyelamatkannya” pada kes liwat terdahulu apabila Haron Din mengesahkan bahawa “Ana percaya cakap anta”. Namun ramai yang telah “disilapmatakan” oleh Anwar dan penyokongnya kononnya Haron Din “mengesahkan Anwar tidak meliwat”. Tindakan Haron Din itu adalah benar kerana walaupun Anwar menipunya, beliau tetap “menerima” apa yang diucapkan oleh Anwar secara terbuka demi maslahat awam kerana ketika itu ramai yang hadir menyaksikannya, tetapi dalam hatinya sudah tentu Haron Din tahu samada Anwar berbohong kepadanya atau tidak.
Kenyataan Haron Din “yang berkias” di muktamar Pas itu membayangkan bahawa Pas seolah-olah dalam delima “ditelan mati emak, diluah mati bapak”. Haron Din mengatakan bahawa “…sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh,…”. Walaupun beliau tidak menyebut nama Anwar tetapi secara berkiasnya difahami bahawa Anwarlah yang sepatutnya bersumpah, bukannya Saiful! Mungkin agaknya para ulamak Pas masih boleh bertahan dengan taktik berdolak-dalik Anwar itu dan sedang mencari jalan lembut untuk “bercerai dengan Anwar” seperti menarik rambut dalam tepung.
Namun yang jelasnya Anwar telah berjaya mengeksploitasi sepenuhnya pengakuan dan laporan polis yang dibuat oleh seorang anak muda bernama Saiful yang mendakwa telah diliwat oleh Anwar. Artikel ini tidak menyentuh dan bukan tujuan penulis untuk membincang kes yang sedang dibicarakan di mahkamah tersebut tetapi pengakuan Saiful tersebut sedang digunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk menyelamatkan dirinya daripada “Along”nya. Anwar telah memusingkan bahawa tuduhan beliau meliwat Saiful adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN untuk menyekat kerjaya politiknya. Malah ketika artikel ini ditulis, tuduhan Anwar ini masih disiarkan di muka hadapan laman web blog.algore.com yang diposkan pada 1 ogos 2008. Siapakah yang tidak tahu hubungan antara Anwar dengan “Algore” Amerika ini? Pihak kerajaan BN sepatutnya boleh menyaman Amerika Syarikat kerana menuduh “Twice, now, the government has used the same tactic....” adalah merupakan satu fitnah walaupun telah dijelaskan oleh Kementerian Luar Negeri. Mungkin sokongan dan fitnah terbuka Amerika ini telah membuka sedikit mata Pas kerana nampak dah menyokong Anwar samalah juga seperti “anjing makan tahi”.
Anwar juga telah menggambarkan kononnya kerajaan BN telah tahu terlebih dahulu bahawa beliau akan bertanding dan pengakuan Saiful itu adalah sebagai langkah untuk menghalangnya daripada bertanding. Oleh itu, bagi menampakkan logik ada benarnya dakwaan tersebut maka Anwar tidak ada pilihan melainkan mendesak Wan Azizah meletakkan jawatan bagi membolehkannya bertanding. Tindakan Anwar ini sebenarnya telah memakan dirinya lagi kerana ramai penyokongnya yang kini “barulah nampak” bahawa perjuangan Anwar sebenarnya adalah perjuangan peribadinya dan bukan parti. PKR adalah parti Anwar, bukan parti kepentingan berbilang kaum sebagaimana yang dihebohkan!
Sudah tentulah kesedihan Wan Azizah akan bertambah lagi apabila tanpa disangka Saiful telah mempertaruhkan dan menggadaikan maruah diri dan keluarganya dengan membuat sumpah pengakuan. Walaupun ramai yang mempertikaikan sumpahnya itu, tetapi caranya dan kaedahnya sahaja yang dipertikaikan namun pada asasnya beliau telah bersumpah. Sebarang kecacatan pada acara sumpahnya itu mungkin kerana pihak yang “lebih tahu mengkritik” berkenaan terlalu sombong dan tidak mahu menunjukajar Saiful walaupun Saiful telah lama menyatakan hasrat dan cabarannya itu.
Apakah kesan sumpah Saiful tersebut kepada Wan Azizah? Ramai yang tahu bahawa Wan Azizah tahu sambal kegemaran Anwar sebagaimana dalam pembayang pantunnya “Sedap-sedap sambal kerang, sedap lagi sambal terong,...(sengaja tidak dihabiskan)” tetapi si isteri tersayang mungkin tidak menyangka ingatkan suaminya betullah sudah tidak lagi makan sambal terong. Sudah tentu terkejut badak bukan kepalang (seperti kata budak-budak zaman sekarang) apabila seorang muda kacak lawa membuat laporan polis dan pengakuan bahawa “dia adalah sambal terong suaminya”!
Sekiranya Wan Azizah benar-benar mengikut ajaran Islam sudah tentulah dia tidak akan bersekongkol dengan sebarang kemungkaran yang dilakukan oleh suaminya. Islam telah menggariskan had ketaatan dan perkara-perkara yang boleh dicampuri oleh isteri terhadap suami. Sebab itulah ramai yang mengharapkan Wan Azizah mengundi calon Barisan Nasional nanti bukan sahaja bagi “menyekat, mengekang dan mendidik” suaminya tetapi adalah sebagai menurut tuntutan agama yang dianutinya. Sudah tentu Wan Azizah “faham” kenapakah mengundi Anwar tidak mengikut tuntutan Islam dan penulis masih bersabar untuk tidak mendedahkannya dalam artikel ini (mungkin dalam artikel berikutnya?).
Wan Azizah sendiri turut membuat kenyataan media memberikan alasan bahawa suaminya tidak perlu untuk menyahut cabaran Saiful untuk bersumpah laknat secara berdepan. Kononnya, ada ulama yang menasihatkan supaya tidak melakukan sumpah tersebut. Namun, setelah Haron Din sendiri menyarankan bahawa Anwar yang sepatutnya bersumpah, sudah tentulah Wan Azizah semakin keliru, tertekan dan serba salah.
Sumpah Saiful tersebut bukanlah yang pertama sebagaimana yang dilaporkan media. Dikalangan orang-orang kampung dan orang kebanyakan sumpah adalah “penyelesai, pemutus dan penutup” kes dan pertikaian yang tidak dapat diselesaikan menggunakan bukti fizikal. Menurut ajaran Islam, bersumpah adalah merupakan satu kaedah untuk mempertahankan diri daripada tuduhan fitnah. Orang Islam tahu bahawa dosa memfitnah itu adalah lebih besar daripada dosa membunuh orang dan ini sahaja sudah cukup mudah untuk menggambarkan betapa bahayanya jenayah fitnah ini. Oleh itu orang Melayu percaya dan yakin bahawa bersumpah bagi menentang fitnah “akan mendapat jawapan segera” atau “dibayar tunai”. Mungkinkah ini yang ditakuti oleh Anwar?
Sukacita penulis ingin menceritakan mengenai suatu kes bersumpah supaya selain Anwar, pembaca dan terutamanya orang-orang Permatang Pauh dapat menimba panduan dan pengajaran daripadanya. Terdapat seorang responden (dirahsiakan namanya) yang telah difitnah dengan amat teruk. Beliau bukan sahaja difitnah telah melakukan zina, menculik dan merogol beberapa orang pelajar , menghasut, menipu dan mengajar ajaran sesat, mengamalkan ajaran agama Hindu, menggunakan jin, iblis dan syaitan sebagai khadamnya dan sebagainya. Fitnah yang dibuat oleh orang-orang yang bertopengkan agama Islam, oleh ustaz dan ustazah universiti yang cakapnya “menjadi fatwa”, termasuklah juga oleh imam masjid, cerdik pandai termasuk oleh pensyarah dan profesor malah termasuk juga oleh Dato dan Tan Sri. Imam memfitnah beliau selepas sembahyang jemaah di masjid. Penduduk setempat menerima fitnah menerusi ceramah agama. Juga menerusi surat layang, internet dan sebagainya hinggakan kepada siaran langsung di sebuah saluran TV perdana.
Cubalah bayangkan, bagaimanakah reponden tersebut hendak menangkis fitnah tersebut dan membela dirinya? Malah isterinya sendiri mengatakan bahawa “abang bukan ustaz, yang bercakap berceramah itu adalah ustaz, imam dan yang hafaz Quran. Siapa yang hendak dengar apa yang abang cakap?” Akibatnya beliau dan keluarganya disisih, dipinggir dan dipulau oleh semua masyarakat. Malah Naib Canselor universit tersebut pernah mengeluarkan arahan supaya tidak menziarahi rumah responden pada hariraya. Sesiapa yang ingkar akan diambil tindakan tatatertib.
Responden tersebut tetap bersabar dan jika ditanya beliau menjawab “dia ikut macam Dr. Mahathir, biarlah tuhan sahaja yang balas dan saman mereka”. Namun beliau mengubah pendirian apabila ada sekumpulan pelajar perempuan universiti tersebut bangkit membelanya. Malah ada yang cuba ditampar oleh Pengarah Pusat Pengajian Islam (yang juga Pengarah Masjid) ketika itu kerana pelajar tersebut hanya bertanya “Jika benar dia mengajar ajaran sesat, kenapakah ustaz TIDAK BERANI melaporkannya ke pejabat agama?”.
Apa yang dilakukannya ialah pergi ke rumah salah seorang orang awam “penyampai” fitnah yang juga merupakan isteri kepada imam di kampong tersebut. Beliau pergi dengan membawa dua barang, iaitu sebilah parang dan senaskah Al-Quran. Beliau berjumpa dengan perempuan tersebut dan setelah perempuan tersebut berkeras tidak mahu menerima kesilapannya beliau menghulurkan parangnya kepada perempuan tersebut dan berkata “Jika begitu besar kesalahan dan dosa yang telah saya lakukan maka ambillah parang ini dan bunuhlah saya”. Setelah perempuan itu menolak, beliau berkata beliau terpaksa bersumpah untuk membela dirinya.
Beliau meletakkan tangannya di atas naskah Quran yang dibawanya dan meneruskan juga bersumpah walaupun perempupan tersebut tidak mahu bersumpah dan cuba lari (tetapi dihalang oleh orang ramai yang hadir). Antara yang dilafaznya kedengaran seperti “Bismillahhi, Wabillahhi, Watallahhi”. Kemudian beliau juga ada menyebutkan bahawa “lidah yang Allah swt jadikan tidak sepatutnya duduk di mulut makcik kerana makcik telah gunakannya untuk memfitnah. Otak yang dianugerahkan oleh Allah swt untuk makcik berfikir supaya tahu membezakan mana benar dan mana fitnah tidak makcik gunakan dan samalah seperti makcik letak otak makcik itu di kepala lutut makcik”.
Tidak ada apa yang berlaku untuk beberapa hari tetapi pada suatu malam kira-kira jam 2.00 pagi seluruh kampong dikejutkan dengan satu insiden kemalangan jalanraya dimana seorang pemuda penunggang motorsikal telah meninggal kemalangan. Gempar sekampong kerana suami perempuan tersebut yang juga imam kampong tersebut pengsan apabila melihat mayat pemuda tersebut. Ramai yang hairan kerana imam tersebut sudah biasa melihat dan menguruskan jenayah berbagai orang yang mati. Rupa-rupanya yang meninggal dunia itu adalah anaknya! Namun kejutan itu dipercayai bukan yang menyebabkan imam tersebut pengsan.
Pada malam itu juga sekumpulan orang kampong telah pergi ke rumah responden dan meminta maaf. Responden diberitahu bahawa kebenarannya telah ditunjukkan Allah swt. Anak perempuan penyampai fitnah tersebut telah meninggal dunia kemalangan motorsikal dengan lidah terputus dan terjatuh ke atas jalanraya. Kepalanya pecah dan otaknya betul-betul berada di atas lututnya. Subhanallah! Perempuan tersebut akhirnya menjadi hilang akal. Selepas kejadian itu barulah responden tersebut dan keluarganya diterima semula oleh masyarakat setempatnya. Apa yang berlaku kepada pemfitnah lain tidak perlulah dinyatakan disini. Itu baru penyebar fitnah dan belum lagi pembuat atau pencipta fitnahnya!
Pengajaran daripada kes di atas adalah selaras dengan saranan Haron Din bahawa Anwar mesti bersumpah untuk membersihkan dirinya. Bukan hanya setakat berceramah ke seluruh dunia mengatakan dia difitnah dan menjadi mangsa konspirasi. Ini kerana Anwar secara berterusan berceramah dan memberitahu seluruh dunia bahawa beliau difitnah dan menjadi mangsa konspirasi. Anwar boleh menamakan terus orang-orang yang memfitnahnya supaya ditunjukkan kebenarannya. Ingatlah bahawa Allah swt telah menjanjikan bahawa apabila datang kebenaran yang batil tetap akan hilang.
Persoalannya sehingga artikel ini ditulis ialah Anwar masih belum bersumpah. Anwar perlu bersumpah bukan disebabkan oleh pengakuan Saiful semata-mata tetapi atas semua fitnah yang sebagaimana yang dikatakannya. Anwar juga perlu bersumpah untuk menafikan beberapa orang lagi yang mengaku dicabul olehnya. “Sumpah Permatang Pauh” ini juga akan membantu menyakinkan orang ramai mengenai apa yang diucapkan, disampaikan dan dijanjikan oleh Anwar.
Adakah Anwar “berani” bersumpah? Jika ya, maka boleh diterima bahawa Anwar difitnah. Jika tidak, maka sudah tentulah tidak boleh diterima kenyataan bahawa Anwar difitnah. Maknanya, jika Anwar tidak berani bersumpah, ini akan memberikan implikasi bahawa bukan sahaja Anwar tidak difitnah, tetapi sebaliknya Anwarlah yang membuat fitnah!
Jika Anwar bersumpah, maka terlepas suatu tanggungan terhadap para penyokong dan pengundi Anwar di Permatang Pauh (dan dimana-mana sahaja). Jika tidak maka orang yang menyokong dan mengundi Anwar sudah tentulah menyokong dan bersubahat dengan pemfitnah. Mereka juga akan menanggung “dosa yang lebih besar daripada membunuh orang”. Ini merupakan pesanan yang jelas kepada penyokong Pas (dan semua yang beragama Islam) di Permatang Pauh supaya tidak memberi undi kepada Anwar tetapi WAJIB memberi undi kepada calon Barisan Nasional bagi menghalang fitnah daripada terus tersebar. Ingatlah! Allah swt telah memerintahkan bahawa “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.” (Al-Baqarah:193).
Tidak mengundi Anwar adalah satu cara untuk memerangi fitnah yang berkaitan dengan Anwar ini kerana jelas Anwar telah gagal memerangi fitnah berkenaan. Semasa ketiadaan Anwar (dalam tahanan), negara aman damai dan tidak timbul fitnah sedemikian tetapi selepas Anwar dibebaskan berbagai fitnah dan kebimbangan telah timbul. Telah jelas perbezaan keadaan antara “ada Anwar “ dengan “tak ada Anwar”.
Wan Azizah tahu apa yang Anwar tahu. Sebab itulah juga beliau mesti mengundi untuk memilih calon Barisan Nasional. Tindakan berkecuali dan tidak mengundi tetap bermakna menyetujui dan mengiyakan apa yang dilakukan Anwar. Kepada semua pengundi Islam di Permatang Pauh, Anwar menang atau kalah tidak mengubah kerajaan BN yang sedang memerintah tetapi dengan mengundi Anwar, adakah anda sanggup mempertaruh dan menggadai akidah, iman dan agama anda dengan menentang perintah Allah swt tersebut?
Ingatlah juga bahawa untuk menjadi murtad tidak perlu untuk menolak seluruh kandungan Al-Quran, Hanya CUKUP DENGAN MENOLAK SATU AYAT QURAN. Sehingga kini, Anwar tak berani dan masih belum bersumpah sedangkan “berani kerana benar, takut kerana salah”. Kalau Anwar bersumpah pun selepas ini, maka itu sudah menjadi tidak relevan lagi sebab sumpah ketika itu bukan lagi sumpah untuk buktikan kebenaran secara Islam, tetapi hanyalah sebagai lakonan mengkarong untuk mempermainkan sumpah (palsu, untuk tujuan lain) sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran Karim.

JANJI ANWAR IBRAHIM

JANJI ANWAR IBRAHIM
PILIHARAYA KECIL PERMATANG PAUH (P044) OGOS 2008
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sayugia diberitakan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan lima (5) perkara iaitu
i) Janjinya bahawa ia akan mendirikan Malaysia sebagai Negara Madani yang menjamin keadilan untuk semua rakyat, menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan , mengukuhkan insitusi kehakiman dan mengangkat darjat kemuliaan insan, kebebasan dan haknya.
Bangunlah dan sedarlah bahawa janji ini tidak masuk akal kerana:
• Negara Madani yang dijanjikan oleh Anwar adalah keadilan dan kebasan mengikut acuan dirinya sendiri dan acuan negara luar seperti Amerika dan Singapura sedangkan keadilan yang sedang diamalkan oleh BN adalah berdasarkan takrif dan acuan negara Malaysia dengan mengambilkira keseimbangan sosio ekonomi dan sensitiviti antara kaum. Contohnya kebebasan ala Anwar/(InterfaithCouncil) membenarkan orang Islam bertukar agama yang sensitif kepada rakyat. Adakah ini yang dianggap adil??
• Negara Madani Anwar HANYA hendak menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan yang telah pun sedia ada dibina, dilaksana, dijaga dan dijunjung oleh BN yang memerintah sekarang ini. Tidak ada apa yang baru yang hendak dibawa oleh Anwar melainkan untuk mengubah perlembagaan yang sedia ada (misalnya untuk membuang hak istimewa Melayu dan Islam bagi menunaikan janji keadilan samarata antara bangsa dan agama).

ii) Janjinya bahawa ia akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia agar kembali setaraf dengan Singapura, Korea Selatan dan Taiwan demi menjamin sosial untuk semua agar tiada lagi bumiputera atau kaum yang terpinggir dan mundur.
Bangunlah dan sedarlah bahawa janji ini tidak munasabah kerana:
• Agenda ekonomi Anwar hanyalah satu retorik sahaja. Anwar hendak membawa negara ini KEMBALI setaraf dengan Singapura sedangkan bilakah masanya kita sudah mencapai setaraf dengan Singapura? Korea Selatan dan Taiwan adalah negara satu bangsa tidak seperti Malaysia yang berbilang bangsa.
• Jika Singapura dijadikan model kejayaan, apakah kita juga mahu menjadi seperti itu di mana Presiden pertama mereka sahaja yang berbangsa Melayu iaitu Yusof Ishak. Sungguhpun demikian renungkanlah di mana kedudukan orang Melayu di Singapura? Apakah jawatan yang dipeganang oleh orang Melayu di sana? Adakah laungan Azan kedengaran?
• Keadilan ekonomi ala Anwar berlandaskan kesamarataan bukan seperti amalan Kerajaan BN. Kerajaan BN tidak halang kemajuan kaum Cina dan India malah kita memberi dan menyediakan banyak peluang untuk mengemabngkan ekonomi negara untuk dinikmati oleh semua kaum. Di samping itu kerajaan BN membantu mana-mana rakyat yang masih ketinggalan melalui program –program pembangunan supaya mencapai keharmonian antara kaum.

iii) Janjinya bahawa ia akan menyusun semula pasukan polis untuk menjadikannya badan pencegahan jenayah yang berkesan bersama agensi penguatkuasaan yang lain dan memastikannya bebas daripada pengaruh politik dan rasuah.
Bangunlah dan sedarlah bahawa janji ini sebenarnya untuk kepentingan peribadi kerana:
• Penyusunan pasukan polis yang ingin dibawa oleh Anwar adalah didorong oleh pengalaman peribadi. Anehnya mengapa beliau tidak lakukan semasa beliau dalam jawatan. Tidak mustahil, jika dia menjadi Perdana Menteri, beliau akan menjadi diktator yang akan memaksa pasukan polis mengikut telunjuknya.

• Sebaliknya “Bebas” pada acuan BN bermakna pesalah tanpa mengira agama, bangsa, pangkat dan darjat tetap dikenakan tindakan, tetapi polis yang bebas ala Anwar adalah polis yang mengecualikan tindakan terhadap “yang berpangkat dan berdarjat” terutama beliau sendiri. Ini bercirikan dictatorship. Dengan kata lain, orang kebanyakan tidak boleh melanggar undang-undang tetapi orang atasan mendapat kekebalan.


iv) Janjinya bahawa ia akan mengurangkan beban hidup rakyat dengan menurunkan harga minyak, tol serta pelbagai tarif lain di samping membekalkan barang keperluan yang mencukupi dan memperjuangkan gaji minimum sebanyak RM1,500.
Bangunlah dan sedarlah bahawa janji ini tidak masuk akal kerana:
• Semua langkah mengurangkan beban hidup yang hendak dibawa oleh Anwar telah dan sedang pun dilaksanakan oleh BN. Harga minyak akan dikaji semula begitu juga harga tol. Malah usaha kerajaan BN menentukan harga minyak berdasarkan harga pasaran perlu dilihat sebagai pelaboran bagi menjamin kemapanan dan pada masa yang sama tidak merompak peruntukan generasi masa depan.
• Malah janji hendak menetapkan gaji minimum RM1,500 akan menyebabkan pengaliran wang keluar lebih kurang RM45 bilion setahun memandangkan kini kita bergantung kepada 2.5 juta buruh asing . Langkah Anwar itu juga akan mendiskriminasi dan meminggirkan pekerja tempatan terutamanya kaum wanita.

v) Janjinya bahawa ia akan mencipta Harapan Baru untuk Malaysia dengan menjamin pendidikan percuma dan memastikan mutu pembelajaran di sekolah, kolej dan universiti di Malaysia adalah yang terbaik di rantau Asia Tenggara.
Bangunlah dan sedarlah bahawa janji ini tidak masuk akal kerana:
• Semua yang hendak dibawa oleh Anwar dalam memberikan pendidikan percuma adalah SEBAHAGIAN daripada apa yang sedang dilaksanakan oleh BN.
• Sebenarnya amalan Kerajaan BN ketika ini mengenakan bayaran yang minima di mana kerajaan menanggung sejumlah besar kos mengurus pelajar institusi pengajian tinggi tanpa diskriminasi. Bayaran minima ini bertujuan untuk memupuk rasa tanggungjawab (keadilan). Walau bagaimanapun, pelajar yang kurang mampu diberi bantuan biasiswa. Malah biasiswa ini turut dinikmati oleh semua kaum bumiputera dan bukan bumiputera. Sebagai contoh 45% biasiswa JPA diperuntukan kepada bukan bumiputera. Walaupun pengajian yang hampir percuma, kerajaan sekarang tidak pernah berkompromi terhadap kualiti malah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi semua IPTA disaran mencapai bertaraf dunia.

Saudara saudari, renungkanlah logik janji-janjinya di atas. Ini adalah Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tetapi janjinya MENGGUNUNG menjangkaui rantau Asia Tenggara. Ini boleh diibaratkan kita yang kehausan di padang pasir melihat di kejauhan umpama BAYANGAN AIR (mirage) tapi sebenarnya ia hanya satu ILUSI. Oleh itu jangan kita terpedaya dengan janjinya. Negara Malaysia adalah hak kita. Kerajaan BN sudah sekian lama berjuang memelihara kebajikan rakyat tanpa mengira kaum. Formula pembangunan negara berdasarkan Rancangan Pembangunan 5 Tahun telah ternyata adil, saksama, seimbang dan berkesan. Inilah yang telah menjamin kesimbangan sosio, ekonomi dan politik Malaysia yang perlu dipastikan kesinambungannya.

HUJAH MENGAPA MANIFESTO PKR UNTUK MENGHAPUSKAN RASUAH adalah satu JANJI KOSONG

HUJAH MENGAPA MANIFESTO PKR UNTUK MENGHAPUSKAN RASUAH adalah satu JANJI KOSONG
Pada 19 Ogos 2008, beliau membawa cerita dongeng ala cerita P Ramlee bahawa “seorang saudagar Arab kaya raya kenalannya akan datang ke sini, sebaik sahaja ia berjaya mengambil alih Putrajaya dengan membawa sebanyak RM 10 bilion untuk ditaburkan di sini (Permatang Pauh)”. Bukankah ini rancangan suapan terang-terangan. Bagaimana mungkin beliau akan memperjuangkan pembasmian rasuah, apabila amalannya sendiri sudah disulami janji-janji berbau SOGOKAN.
Walaubagaimana pun, menilai cerita saudagar Arab ini dari sudut lain, mengapa sekarang baru beliau mahu lakukan ini walaupun sudah 10 tahun PKR mewakili Permatang Pauh. Mengapa beliau tidak lakukan perkara ini semasa isterinya masih menjadi ahli Parlimen di sini? Ini membuktikan bahawa Anwar tidak pernah percaya kepada sesiapa termasuk isterinya Wan Azizah.
Seperkara lagi, mengapa RM 10 bilion ini dijangka Anwaria boleh menggelapkan hati rakyat di sini, apakah selama ini di Malaysia tiada pembangunan? Apakah di Malaysia selama ini ada kebuluran? Apa kah di Malaysia ini selama ini ada peperangan? Apakah RM 10 bilion ini berbanding RM 300 bilion (please check??) peruntukan Rancangan Malaysia Ke 9? Kerajaan Persekutuan menyalur semula wang kepada rakyat tanpa mengira kaum bukan melalui program Menabur Wang Kertas, tetapi melalui pelaksanaan rancangan pembangunan infrastruktur, pembangunan modal insan, pembangunan teknologi, pembangunan ekonomi, dan pembangunan sahsiah yang tersusun, berstruktur, adil lagi saksama. 50 tahun amalan ini berterusan, 50 tahun pembangunan negara dilaksanakan melalui saluran yang sah lagi berhemah, apakah jaminan taburan wang kertas yang belum tentu MAPAN mampu membeli sokongan terutama rakyat Permatang Pauh. Kedaulatan negara mesti dijunjung.

ANWAR TIDAK KONSISTEN

ANWAR TIDAK KONSISTEN
Pernah pada tahun 1998, di Perasmian Perhimpunan Pergerakan Pemuda & Wanita UMNO Anwar menyatakan, “sudah tentu ada petualang yang ingin menangguk di air keruh. Ada pihak yang cuba mengadu domba. Jika ada media asing atau orang luar yang cuba melaga-laga di kalangan pimpinan kita, kita jangan terpengaruh. Kita jangan sesekali terperangkap dengan permainan mereka. Jangan juga kita menari menurut rentak golongan orang yang kecewa dan tersisih.” Sungguhpun demikian baru-baru pada 1 Ogos, 2008 di dalam blog Al-Gore, menyatakan, bahawa Kerajaan Malaysia telah dua kali menggunakan taktik membunuh karekter beliau. Malah AlGore memberi amaran supaya Kerajaan menyelesaikan perkara ini dengan segera.
Dalam ucapannya di Kelang pada tahun ini, beliau menyatakan “Siapa kata Malaysia ini Melayu punya? Malaysia ini Cina punya, Malaysia ini India punya” tetapi sekarang dalam manifesto PKR untuk pilihanraya ini, beliau berjanji bahawa dia komited untuk mempertahankan hak-hak Melayu membela yang terpinggir dan teraniaya.
Ini sebahagiannya membuktikan Anwar adalah seorang yang tidak tetap pendirian. Pendiriannya berubah-ubah mengikut keadaan, di hadapan masyarakat Melayu beliau berkata lain, tetapi bila di hadapan orang bukan Melayu, beliau bercakap menidakkan hak Melayu. Ia boleh diibaratkan seperti Mengkarung. Kita tak boleh punya pemimpin yang tidak teguh pendiriannya, maka Undilah Barisan demi kestabilan perpaduan di Permatang Pauh amnya, Malaysia umumnya.

KUNCI DITANGAN KITA

Segala bencana dikatakan rancangan orang lain. Apa yang berlaku di sekeliling beliau dituduh sebagai hasil pakatan dan konspirasi orang lain. Beliau sudah terlalu jauh tersasar. Beliau menuduh semua orang yang tidak sehaluan dengan nya SENTIASA merancang untuk membunuh karekter politiknya. Beliau taksub dengan dunia ini sebagai pentas perencana (ANTARA dia dan selainnya) tetapi lupa pada ketentuan Tuhan. Ia seolah-olah tidak lagi percaya kepada Qada’ dan Qadar. Jiwanya yang dalam kekalutan, tidak mungkin mampu membawa 350,000 rakyat Permatang Pauh meniti hidup masa hadapan walaupun janjinya semanis gula. Oleh itu marilah kita keluar beramai-ramai dari kemelut ini….undilah Barisan, kunci ditangan KITA.

MANIFESTO PKR UNTUK MEMBAWA KEADILAN HAK ORANG MELAYU ADALAH SATU PERANGKAP YANG AKAN MEMBAWA KEPADA PENJAJAHAN BARU:

Formula Keadilan PKR jika Anwar tiba di Putrajaya pada hakikatnya akan menjurus kepada KEPINCANGAN SOSIO EKONOMI NEGARA dalam tempoh kurang 3 tahun dari sekarang. Janji mereka ialah akan membawa keadilan dengan mempertahankan hak orang Melayu, tetapi hakikatnya mereka kini mendesak mahu membuka bukan sahaja 10% tetapi 20% UiTM kepada bukan bumiputera jika calonnya jadi Perdana Menteri. Sebenarnya orang bukan Melayu tidak heran kepada peluang di UiTM. Orang bukan Melayu lebih suka jika UiTM terus tertutup supaya lebih mudah mereka mencorakkan lanskap di institusi-insitusi pengajian tinggi yang lain. Formula keadilan PKR akan mengundang kemarahan, keresahan dan kebimbangan apabila 24,000 pelajar UiTM (20% dari enrolmen sekarang) adalah bukan Bumiputera. Ke mana 24,000 orang bakal pelajar bumiputera yang telah dinafikan tempat ini akan meneruskan pendidikan tinggi mereka. Jumlah ini hampir sama banyak dengan jumlah pelajar universiti awam seperti UM, UKM, USM, UTM dan UPM. Sedangkan majoriti pelajar di universiti-universiti tersebut adalah bukan bumiputera, malah jika dijumlahkan kesemua pelajar Malaysia di semua IPT di dalam dan luar negara, peratusnya ialah 35% bumiputera dan 65% bukan bumiputera. Peratus ini akan menjadi lebih pincang jika dasar buka pintu UiTM dikuat kuasakan. Apakah ini keadilan???
Tidak cukup di situ, dalam akhbar 22 Ogos 2008, REDHA pula mendesak supaya kuota bumiputera dalam penjualan rumah oleh pemaju dikurangkan dengan alasan kerana kuota itu, banyak rumah tidak terjual dan pemaju menanggung kerugian. Di mana logiknya perkara ini??? Setelah sekian lama kita dikaburi tentang kenaikan harga rumah yang tidak terbendung (harga sebuah rumah teres 2 tingkat di kawasan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam sudah mencecah RM 400,000; harga rumah semi-detached mencapai RM 800,000 ke RM 1 juta). Begitu juga di Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru. Hakikatnya siapa pendesak-pendesak ini, siapa yang merancang strategi melonjakkan harga supaya bumiputera tidak akan mampu memiliki rumah di kawasan-kawasan strategik? Apabila tidak mampu, maka alasan untuk memenuhkan kuota bumiputera tidak akan tercapai. Maka hak bumiputera sekali lagi dinafikan. Hakikatnya, tidakkah pemaju-pemaju yang hampir 95% adalah bukan bumiputera telah diberikan banyak insentif oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Perumahan. Dari aspek pemilikan premis komersial hanya 11.9 % sahaja dimiliki Bumiputera. Dari aspek ekuiti pemilikan perniagaan Bumiputera hanya ada 18% (institusi) tetapi individu Bumiputera tidak sampai 3%.
Di mana hak bumiputera, walaupun telah diperuntukan di dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan terhadap pendidikan, tred dan perniagaan, tanah dan perjawatan persekutuan. Bangunlah, dengan ilmu yang sedikit ini, pertahankan, jangan kita dilalaikan lagi. Perkara ini akan membawa kepada keresahan dan kepincangan ekonomi yang jauh lebih dahsyat jika PKR menerajui negara. 50 tahun benteng ini dipertahankan, jangan kerana seorang yang turut didesak oleh anasir-anasir luar maka kita akan membenar dan menghalalkan satu pencerobohan hak anak-anak masa hadapan. TREN ini akan akhirnya menjadikan Bumiputera dan Melayu khasnya seperti masyarakat Red Indian di Amerika, dan Aborigines di Australia. Dipinggir perlahan-lahan melalui penafian hak yang termaktub. 50 tahun lagi di mana kita?????? Pertahankan……Allahuakbar. Undilah Dacing lambang keadilan Barisan

ANWAR IBRAHIM lwn ANWAR IBRAHIM

Siapa sangka, 34 tahun (1974-2008) membina harapan, merancang strategi, mencari helah dalam CELAH-CELAH kehidupan, ANWAR akhirnya TERPERANGKAP dalam KEGILAAN nafsu yang tiada mengenal darjat untuk mengejar MIMPInya menjadi pemimpin Nombor Satu. Bagi rakyat Permatang Pauh yang sudah sekian lama berada dalam laluan mimpinya yang panjang lagi berliku, BANGUN dan renunglah:
Pilihanraya Ogos 2008 ini sebenarnya tidak perlu, tetapi ANWAR terdesak kerana laporan liwat Saiful datang dengan tiba-tiba. Sejurus selepas laporan didedahkan, beliau sanggup mendesak isterinya untuk meletak jawatan sebagai Parlimen Permatang Pauh walaupun tidak sakit mahupun muflis secara tergesa-gesa. Anwar membuat tomahan bahawa ia satu lagi konspirasi memfitnah beliau bagi menghalang perjalanannya ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri. Ia sebenarnya ALASAN & TAKTIK untuk mengalihkan perhatian seluruh rakyat Malaysia dari kes liwat tersebut.

Ia dan kuncu-kuncunya berusaha untuk menimbulkan rasa simpati dan kasihan di dalam hati kita. Di samping itu, tanpa kita sedari beliau telah mengadai maruah bangsa, negara dan agama semata-mata untuk kepentingan peribadinya. Jangan kita turut TERPERANGKAP dalam kemelut ANWAR IBRAHIM lwn ANWAR IBRAHIM ini di mana ia sebenarnya terpaksa mengeluarkan diri dari perangkapnya sendiri. Isu liwat Saiful itu BERASAS, ingat pada pepatah Melayu, ANJING YANG BIASA MAKAN TAHI, WALAUPUN TIDAK MEMAKANNYA TETAP AKAN MENGHIDU. Percayalah!!!

Pilihan raya kecil Ogos 2008 adalah peluang terakhir dan kunci penyelamat maruah bangsa, negara dan agama..…baliklah ke pangkal jalan dan berpijak di bumi nyata..UNDILAH BARISAN NASIONAL.

.MENGAPA SAYA TIDAK SOKONG PAKATAN RAKYAT

1.DSAI sangat baik dengan Paul Wolfowitz.Amerika dan Israel secara terbuka memberi sokongan.
2.PKR, DAP dan PKR duduk bawah satu bumbung tetapi tidak sehaluan.
3.Sifat dan tabiat peribadi DSAI yang sangat mencurigakan.Ditambah lagi dengan akuan sumpah laknat bekas pembantu peribadi beliau.Saya sangat benci apabila isu sumpah laknat dipertikaikan demi kepentingan politik.
4.Sifat penyokong2 yang seperti gangster jalanan.Bukan setakat tengok kat TV sahaja tetapi sudah melihat dengan mata saya sendiri.
5.Ramai orang bercerita tentang Dajjal mata satu akhir zaman.Apabila saya amati betul2 matawang Amerika dan juga logo bendera PKR.....
6.Belum pun lama memerintah,6 orang termasuk ahli2 exco Perak PKR ditangkap BPR atas tuduhan rasuah dan seks.Ini menunjukkan bahawa ramai yang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri2 PR sekarang,latarbelakangnya mencurigakan,malah jauh lebih teruk dari BN.Silap haribulan rasuah akan menjadi lebih teruk kerana ramai diantara mereka berlagak seperti gangster bertopengkan ahli politik.

Kepada penyokong fanatik anwar..FIKIRKANLAH

Saya mempunyai pandangan sendiri dalam perkara ini. Walau apa pun yang sebenarnya berlaku samada Anwar bersalah atau tidak, saya tetap percaya bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang akan menjadi penyelamat atau "Hero" dalam menenangkan senario politik yang huru-hara ini serta masalah-masalah utama rakyat terutamanya orang Melayu sekarang ini. Saya juga tidak percaya beliau mempunyai keikhlasan untuk berjuang untuk Agama, bangsa dan negara. Dari ceramah-ceramah serta syarahan-syarahan yang kononnya "hebat" di mata kebanyakan generasi berdarah muda yang hanya suka menentang sahaja, isinya lebih banyak samarnya dari yang nyata.
Sebelum ini pun, apakah jasa beliau semasa menjadi ahli kerajaan? Saya tidak nampak satu pun yang boleh saya kenang. Lebih banyak bercakap dan hebat berpidato sahaja. Yang ada cuma menjadikan negara ini huru-hara dan memecah-belahkan rakyat selepas keluar dari kerajaan.
Kita semua yang terdiri dari pelbagai kaum perlu memperjuangkan keadilan dan hak-hak kaum secara rasional. Tetapi "KEADILAN" yang beliau perjuangkan sebenarnya untuk siapa? Sanggupkah kita menjadi alat yang dipergunakan untuk mencapai cita-cita beliau sahaja?