Formula Keadilan PKR jika Anwar tiba di Putrajaya pada hakikatnya akan menjurus kepada KEPINCANGAN SOSIO EKONOMI NEGARA dalam tempoh kurang 3 tahun dari sekarang. Janji mereka ialah akan membawa keadilan dengan mempertahankan hak orang Melayu, tetapi hakikatnya mereka kini mendesak mahu membuka bukan sahaja 10% tetapi 20% UiTM kepada bukan bumiputera jika calonnya jadi Perdana Menteri. Sebenarnya orang bukan Melayu tidak heran kepada peluang di UiTM. Orang bukan Melayu lebih suka jika UiTM terus tertutup supaya lebih mudah mereka mencorakkan lanskap di institusi-insitusi pengajian tinggi yang lain. Formula keadilan PKR akan mengundang kemarahan, keresahan dan kebimbangan apabila 24,000 pelajar UiTM (20% dari enrolmen sekarang) adalah bukan Bumiputera. Ke mana 24,000 orang bakal pelajar bumiputera yang telah dinafikan tempat ini akan meneruskan pendidikan tinggi mereka. Jumlah ini hampir sama banyak dengan jumlah pelajar universiti awam seperti UM, UKM, USM, UTM dan UPM. Sedangkan majoriti pelajar di universiti-universiti tersebut adalah bukan bumiputera, malah jika dijumlahkan kesemua pelajar Malaysia di semua IPT di dalam dan luar negara, peratusnya ialah 35% bumiputera dan 65% bukan bumiputera. Peratus ini akan menjadi lebih pincang jika dasar buka pintu UiTM dikuat kuasakan. Apakah ini keadilan???
Tidak cukup di situ, dalam akhbar 22 Ogos 2008, REDHA pula mendesak supaya kuota bumiputera dalam penjualan rumah oleh pemaju dikurangkan dengan alasan kerana kuota itu, banyak rumah tidak terjual dan pemaju menanggung kerugian. Di mana logiknya perkara ini??? Setelah sekian lama kita dikaburi tentang kenaikan harga rumah yang tidak terbendung (harga sebuah rumah teres 2 tingkat di kawasan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam sudah mencecah RM 400,000; harga rumah semi-detached mencapai RM 800,000 ke RM 1 juta). Begitu juga di Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru. Hakikatnya siapa pendesak-pendesak ini, siapa yang merancang strategi melonjakkan harga supaya bumiputera tidak akan mampu memiliki rumah di kawasan-kawasan strategik? Apabila tidak mampu, maka alasan untuk memenuhkan kuota bumiputera tidak akan tercapai. Maka hak bumiputera sekali lagi dinafikan. Hakikatnya, tidakkah pemaju-pemaju yang hampir 95% adalah bukan bumiputera telah diberikan banyak insentif oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Perumahan. Dari aspek pemilikan premis komersial hanya 11.9 % sahaja dimiliki Bumiputera. Dari aspek ekuiti pemilikan perniagaan Bumiputera hanya ada 18% (institusi) tetapi individu Bumiputera tidak sampai 3%.
Di mana hak bumiputera, walaupun telah diperuntukan di dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan terhadap pendidikan, tred dan perniagaan, tanah dan perjawatan persekutuan. Bangunlah, dengan ilmu yang sedikit ini, pertahankan, jangan kita dilalaikan lagi. Perkara ini akan membawa kepada keresahan dan kepincangan ekonomi yang jauh lebih dahsyat jika PKR menerajui negara. 50 tahun benteng ini dipertahankan, jangan kerana seorang yang turut didesak oleh anasir-anasir luar maka kita akan membenar dan menghalalkan satu pencerobohan hak anak-anak masa hadapan. TREN ini akan akhirnya menjadikan Bumiputera dan Melayu khasnya seperti masyarakat Red Indian di Amerika, dan Aborigines di Australia. Dipinggir perlahan-lahan melalui penafian hak yang termaktub. 50 tahun lagi di mana kita?????? Pertahankan……Allahuakbar. Undilah Dacing lambang keadilan Barisan