Thursday, August 21, 2008

Apa niat Anwar Ibrahim???

Anwar yang juga calon PKR bagi pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini, dilaporkan berjanji menawarkan 20 peratus kuota kepada bukan melayu untuk memasuki institusi pengajian tinggi itu semasa berkempen dalam pilihanraya kecil itu.

Janji Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuka ruang pelajar bukan melayu memasuki Universiti Teknologi Mara (UiTM) semata-mata bertujuan menarik sokongan pengundi kaum-kaum itu. Ini memperlihatkan bahawa Datuk seri Anwar Ibrahim dalam keadaan tertekan dan tidak berpendirian.

“Anwar tidak tetap pendiriannya, semasa menjadi menteri pelajaran beliau mahu pastikan dasar ITM tidak akan diubah,”kata menteri pelajaran, sambil merujuk salinan laporan media pada 28 April 1989 berkaitan perkara itu.

UiTM waktu itu dikenali Institut Teknologi Mara (ITM)

Dalam kelompok yang lain pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata , negara tidak akan selamat jika hak orang melayu tidak dipertahankan.

Sehubungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mempertahankan hak orang melayu dan tidak akan bertolak ansur mengenai perkara tersebut.

“Kami berjuang untuk rakyat, kami berjuang untuk orang melayu dan kaum-kaum yang lain,”katanya ketika menyampaikan ceramah di kawasan perumahan tenggiri di permatang pauh.

Ini memperlihatkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memutar belit pengucapannya mengikut bangsa dan golongan rakyat. Jangan menipu rakyat……….