Tuesday, December 22, 2009

ILMU MENGANGKAT MARTABAT INSAN

Islam menggalakkan manusia menimba ilmu sebanyak mungkin dan setinggi yang boleh. Islam tidak pernah membezakan antara seseorang individu dengan individu yang lain dalam mempelajari ilmu sama ada dari segi umur, jantina dan keadaan fizikalnya bahkan tidak membataskan tempat belajarnya.
Dalam kita sibuk mempelajari dan mengejar ilmu ada golongan yang mengundur ke belakang tidak mahu malah membenci kepada orang-orang yang mahu mencari ilmu.

Firman Allah dalam surah Al-A`raf:179 yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami masukkan ke dalam neraka jahannam itu terdiri dari kalangan jin dan menusia kerana mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat. Mereka itu seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi. Mereka inilah orang-orang yang lalai"