Friday, August 22, 2008

JANJI ANWAR IBRAHIM

JANJI ANWAR IBRAHIM
PILIHARAYA KECIL PERMATANG PAUH (P044) OGOS 2008
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sayugia diberitakan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan lima (5) perkara iaitu
i) Janjinya bahawa ia akan mendirikan Malaysia sebagai Negara Madani yang menjamin keadilan untuk semua rakyat, menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan , mengukuhkan insitusi kehakiman dan mengangkat darjat kemuliaan insan, kebebasan dan haknya.
Bangunlah dan sedarlah bahawa janji ini tidak masuk akal kerana:
• Negara Madani yang dijanjikan oleh Anwar adalah keadilan dan kebasan mengikut acuan dirinya sendiri dan acuan negara luar seperti Amerika dan Singapura sedangkan keadilan yang sedang diamalkan oleh BN adalah berdasarkan takrif dan acuan negara Malaysia dengan mengambilkira keseimbangan sosio ekonomi dan sensitiviti antara kaum. Contohnya kebebasan ala Anwar/(InterfaithCouncil) membenarkan orang Islam bertukar agama yang sensitif kepada rakyat. Adakah ini yang dianggap adil??
• Negara Madani Anwar HANYA hendak menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan yang telah pun sedia ada dibina, dilaksana, dijaga dan dijunjung oleh BN yang memerintah sekarang ini. Tidak ada apa yang baru yang hendak dibawa oleh Anwar melainkan untuk mengubah perlembagaan yang sedia ada (misalnya untuk membuang hak istimewa Melayu dan Islam bagi menunaikan janji keadilan samarata antara bangsa dan agama).

ii) Janjinya bahawa ia akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia agar kembali setaraf dengan Singapura, Korea Selatan dan Taiwan demi menjamin sosial untuk semua agar tiada lagi bumiputera atau kaum yang terpinggir dan mundur.
Bangunlah dan sedarlah bahawa janji ini tidak munasabah kerana:
• Agenda ekonomi Anwar hanyalah satu retorik sahaja. Anwar hendak membawa negara ini KEMBALI setaraf dengan Singapura sedangkan bilakah masanya kita sudah mencapai setaraf dengan Singapura? Korea Selatan dan Taiwan adalah negara satu bangsa tidak seperti Malaysia yang berbilang bangsa.
• Jika Singapura dijadikan model kejayaan, apakah kita juga mahu menjadi seperti itu di mana Presiden pertama mereka sahaja yang berbangsa Melayu iaitu Yusof Ishak. Sungguhpun demikian renungkanlah di mana kedudukan orang Melayu di Singapura? Apakah jawatan yang dipeganang oleh orang Melayu di sana? Adakah laungan Azan kedengaran?
• Keadilan ekonomi ala Anwar berlandaskan kesamarataan bukan seperti amalan Kerajaan BN. Kerajaan BN tidak halang kemajuan kaum Cina dan India malah kita memberi dan menyediakan banyak peluang untuk mengemabngkan ekonomi negara untuk dinikmati oleh semua kaum. Di samping itu kerajaan BN membantu mana-mana rakyat yang masih ketinggalan melalui program –program pembangunan supaya mencapai keharmonian antara kaum.

iii) Janjinya bahawa ia akan menyusun semula pasukan polis untuk menjadikannya badan pencegahan jenayah yang berkesan bersama agensi penguatkuasaan yang lain dan memastikannya bebas daripada pengaruh politik dan rasuah.
Bangunlah dan sedarlah bahawa janji ini sebenarnya untuk kepentingan peribadi kerana:
• Penyusunan pasukan polis yang ingin dibawa oleh Anwar adalah didorong oleh pengalaman peribadi. Anehnya mengapa beliau tidak lakukan semasa beliau dalam jawatan. Tidak mustahil, jika dia menjadi Perdana Menteri, beliau akan menjadi diktator yang akan memaksa pasukan polis mengikut telunjuknya.

• Sebaliknya “Bebas” pada acuan BN bermakna pesalah tanpa mengira agama, bangsa, pangkat dan darjat tetap dikenakan tindakan, tetapi polis yang bebas ala Anwar adalah polis yang mengecualikan tindakan terhadap “yang berpangkat dan berdarjat” terutama beliau sendiri. Ini bercirikan dictatorship. Dengan kata lain, orang kebanyakan tidak boleh melanggar undang-undang tetapi orang atasan mendapat kekebalan.


iv) Janjinya bahawa ia akan mengurangkan beban hidup rakyat dengan menurunkan harga minyak, tol serta pelbagai tarif lain di samping membekalkan barang keperluan yang mencukupi dan memperjuangkan gaji minimum sebanyak RM1,500.
Bangunlah dan sedarlah bahawa janji ini tidak masuk akal kerana:
• Semua langkah mengurangkan beban hidup yang hendak dibawa oleh Anwar telah dan sedang pun dilaksanakan oleh BN. Harga minyak akan dikaji semula begitu juga harga tol. Malah usaha kerajaan BN menentukan harga minyak berdasarkan harga pasaran perlu dilihat sebagai pelaboran bagi menjamin kemapanan dan pada masa yang sama tidak merompak peruntukan generasi masa depan.
• Malah janji hendak menetapkan gaji minimum RM1,500 akan menyebabkan pengaliran wang keluar lebih kurang RM45 bilion setahun memandangkan kini kita bergantung kepada 2.5 juta buruh asing . Langkah Anwar itu juga akan mendiskriminasi dan meminggirkan pekerja tempatan terutamanya kaum wanita.

v) Janjinya bahawa ia akan mencipta Harapan Baru untuk Malaysia dengan menjamin pendidikan percuma dan memastikan mutu pembelajaran di sekolah, kolej dan universiti di Malaysia adalah yang terbaik di rantau Asia Tenggara.
Bangunlah dan sedarlah bahawa janji ini tidak masuk akal kerana:
• Semua yang hendak dibawa oleh Anwar dalam memberikan pendidikan percuma adalah SEBAHAGIAN daripada apa yang sedang dilaksanakan oleh BN.
• Sebenarnya amalan Kerajaan BN ketika ini mengenakan bayaran yang minima di mana kerajaan menanggung sejumlah besar kos mengurus pelajar institusi pengajian tinggi tanpa diskriminasi. Bayaran minima ini bertujuan untuk memupuk rasa tanggungjawab (keadilan). Walau bagaimanapun, pelajar yang kurang mampu diberi bantuan biasiswa. Malah biasiswa ini turut dinikmati oleh semua kaum bumiputera dan bukan bumiputera. Sebagai contoh 45% biasiswa JPA diperuntukan kepada bukan bumiputera. Walaupun pengajian yang hampir percuma, kerajaan sekarang tidak pernah berkompromi terhadap kualiti malah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi semua IPTA disaran mencapai bertaraf dunia.

Saudara saudari, renungkanlah logik janji-janjinya di atas. Ini adalah Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tetapi janjinya MENGGUNUNG menjangkaui rantau Asia Tenggara. Ini boleh diibaratkan kita yang kehausan di padang pasir melihat di kejauhan umpama BAYANGAN AIR (mirage) tapi sebenarnya ia hanya satu ILUSI. Oleh itu jangan kita terpedaya dengan janjinya. Negara Malaysia adalah hak kita. Kerajaan BN sudah sekian lama berjuang memelihara kebajikan rakyat tanpa mengira kaum. Formula pembangunan negara berdasarkan Rancangan Pembangunan 5 Tahun telah ternyata adil, saksama, seimbang dan berkesan. Inilah yang telah menjamin kesimbangan sosio, ekonomi dan politik Malaysia yang perlu dipastikan kesinambungannya.